![]() |
| Laman Utama | Penginapan Dan Dewan | Laman Foto | Promosi | Peta Destinasi Dan Alamat |
![]() |
| Gunung Lambak Eco Resort |
![]() |
|
Selamat Datang ke Gunung Lambak Eco Resort Laman Web ini disediakan untuk memberikan maklumat kepada orang ramai yang ingin bercuti di Gunung Lambak Eco Resort, Kluang, Johor. Terima kasih kerana meluangkan masa kepada kami. Luxury with the beauty of nature's Kami merupakan sebuah syarikat perlancongan 'Eco-Lipur' yang menawarkan pelbagai aktiviti dan kemudahan untuk sukan lasak, rekreasi dan pelbagai aktiviti ilmiah yang boleh disediakan kepada pengunjung samada dari agensi kerajaan atau swasta. Disini juga terdapat Taman Air yang disediakan untuk golongan dewasa dan kanak-kanak bergembira samada bersama keluarga atau sahabat handai. Gunung lambak Eco Resort terletak di Negeri Johor, Daerah kluang dan jarak diantara bandar Kluang adalah sejauh 5 kilometer sahaja. Untuk sampai ke sini, anda boleh melalui Jalan Mersing dari arah Timur, Bandar Tenggara dari arah Selatan dan Jalan Batu Pahat dari arah Barat. Jalan pintu masuk utama kesini ialah melalui Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin dan Taman Sri Jaya. Luas kawasan pembangunan adalah 15.8 hektar dan merupakan Rezab Hutan Gunung Lambak yang sangat terkenal dengan aktiviti pendakian oleh penduduk tempatan. Kemudahan Rekreasi Kami menyediakan kemudahan yang lengkap dan bersesuaian dengan aktiviti dan keperluankan seperti:
|
![]() Keindahan Landscape Keindahan Gunung Lambak Eco Resort tidak terletak pada lakaran pembinaannya sahaja tetapi kehijauan tumbuh tumbuhan yang hidup secara semulajadi yang kini masih terpelihara. ![]() Selain kemudahan rekreasi dan aktiviti sukan pendakian, Gunung Lambak Eco-Resort juga menyediakan Dewan dan Bilik Kuliah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sesuai untuk seminar, kursus dan mesyuarat. Tidak kurang juga kemudahan pentas yang dinamakan Astaka Budaya bagi segala aktiviti termasuk kesenian. |
||